Ini kisah kami adik beradik. Enam Beradik. 01 (aku si penglipur lara), 02, 03, 04, 05 dan 06. Ya kami hanya berenam. Tiga lelaki, Tiga perempuan. Kisah ini direkodkan di ruang yang sempit ini hanya untuk berkongsi kisah tawa dan lara si enam beradik yang tahu sangat apa itu susah tapi tetap bersyukur dan bahagia. Mungkin kisah yang bakal dipaparkan di ruang ini adalah kisah kehidupan biasa manusia terpencil dan kerdil namun bagi aku dan si 5 beradik ini adalah kehidupan kami dan inilah yang kami panggil hidup. Catatan ini hanyalah sebagai kenangan buat kami berenam dan sebagai hadiah buat ibu dan ayah. Dua insan sakti ini telah banyak mengajar kami apa itu berpijak di atas kaki sendiri. Bagi yan sudi membaca mungkin kamu juga boleh perolehi apa itu erti hidup berkongsi.
Kisah kami adalah sebahagian daripada cinta, kepayahan, kedukaan, kejayaan dan kekuatan. Aku kini semakin merindui si lima beradik ini. Entah bila kami enam beradik bisa duduk di bawah satu bumbung dan bermain perang-perang hanya berkubukan kusyen. Jika tidak di rumah bila agaknya kita bisa berada di dalam satu kereta dan semua ingin bersuara dan akhirnya kita menyanyikan lagu anggun atau enigma bersama. Sungguh masa itu menarik dirinya dari kita dengan begitu pantas sehinggakan aku tidak punya waktu yang cukup untuk merekodkan segalanya.
Kepada 02, 03, 04, 05 dan 06, aku si 01 hanya ingin kalian tahu bahawa aku sangat menyayangi kalian dan sangup lakukan apa sahaja demi kalian walaupun ada kalanya aku mengatakan tidak tapi hatiku bersorak-sorak mengatakan Ya buat kalian. Semoga kalian maafkan aku kerana mungkin ada diantara kisah kalian yang di paparkan disini tidaklah kalian gemari untuk menjadi paparan umum namun bagi aku setiap kejadian yang terjadi antara kita adalah kisah manusia biasa juga yang pernah dilalui oleh insan lainnya. Walau ada kesamaan kehidupan kita dengan yang lainnya tapi aku tetap merasakan kehidupan kitalah yang pelik. Pelik tapi bahagia. Kebahagian yang kita sendiri cari untuk menghilangkan rasa derita. Aku tabik cara kita masing-masing melawan emosi dan terus berusaha. Aku si 01 satu kagum dengan kamu si lima beradik.
Seperti hero-hero mainan yang lainnya kami juga sama. Kami tidak boleh terpisah. Jika ada seorang diantara kita tidak bersama maka kita tidak akan jadi seperti yang sepatutnya. Ini kerana kita adalah si enamberadik dan sepatutnya kita berenam patut terus bersama.
Misi aku kini hanya mengembalikan kami kepada enam. Agar aku bisa lihat ibu tersenyum seperti dahulu dan ayah bersemangat masak untuk kita semua. 02, 03, 04, 05 dan 06 dengarkah kalian aku si 01 memanggil pulang. Pulang wahai adik-adik berlima!
Wednesday, September 24, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)